|
Selasa, 19 September 2006 - Setelah gagal menghantar wakil mereka untuk bertanding dalam pilihanraya kampus (PRK), kini GMM telah pula memboikot PRK demi membalas dendam mereka terhadap pentadbiran universiti.
Pemboikotan PRK di UPM adalah sesuatu yang biasa bagi mereka. Namun, kekecohan yang dilakukan oleh mereka adalah disengajakan, dan dirancang, bagi menarik perhatian orang luar dan pihak-pihak berkepentingan.
Beberapa orang ahli GMM yang ditahan, enggan membuka bonet kereta mereka. Mereka juga enggan keluar dari kereta kerana alasan mereka; mahu pihak polis yang mengendalikan kes ini.
Namun, apabila pihak polis tiba, mereka tetap enggan keluar dari kereta.
Apabila bonet kereta dibuka, alangkah terkejutnya pihak polis kerana telah menemui flyers-flyers GMM yang belum sempat diedarkan. Flyers-flyers tersebut adalah setebal 3/4 meter.
Alangkah malangnya bagi ahli GMM (Kamp Poay Hua) kerana telah menipu pihak polis, apabila beliau mengaku tidak ada apa-apa dalam keretanya.
|
|
Organisasi JAMIS UPM Jadi Sukarelawan JAMIS UPM Hantar Artikel kepada Editor JAMIS UPM
Kepada pengamal-pengamal blogspot, penulis-penulis artikel dan individu yang berminat, anda dipelawa untuk menghantarkan karya anda kepada Editor Blog JAMIS UPM. Karya anda mestilah asli. Sebarang karya yang menggunakan title seperti contoh; "Saudara Ahmad Tarmizi, Presiden Gamis" perlulah asli dan bukannya palsu. Sila hantarkan karya anda kepada; editor_jamisupm@yahoo.com.my |